Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.
Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.
Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu
akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam
orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.
Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak
35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat
dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong
menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.
Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.
Kebanyakan orang tidak akan melihat atau
menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan
pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan gunung berapi.
Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid itu bersaiz 46 meter
dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi
kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia
mendarat.
Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908
di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah
meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan
melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.
Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke
bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan
asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana
dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.
ketika kejadian di Rusia.
Ahli astronomi di Observatorio
Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia
menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi
iaitu mengelilingi matahari.
Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan
menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat
perhatian orang ramai. – Earthsky.org
Apa itu asteroid?
Asteroid ialah planet minor atau
planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar
daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus.
Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai
‘ekor’ sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar