Assalammu’alaikum kepada pembaca yang
dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang
benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga
kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda
dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun
tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang
mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan
aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak
ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang
lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka,
Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum
Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang
lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu
bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa
panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya
mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati
yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu
Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar
dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya
saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda
tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda
terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
pemilik yang menjadikan bumi ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar