Seorang ulama terkemuka daripada
Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan
Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar. Idea logik Yunani
tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan
hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud, “Dia menciptakan
langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas
siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan
bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan.
Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun.” Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan
sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari
bergantian untuk memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin
pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar
dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.
Teori Ibnu Hazm memberi dimensi baru
dalam bidang astronomi. Miskipun diketahui bahawa terdapat beberapa
individu daripada tamadun Yunani purba seperti Pythagoras(570M-495M) dan
Parmenides(hidup pada abad ke-5 sebelum masihi) telah mendakwa bumi
adalah sfera namun pembuktian tersebut masih diragui dan dipersendakan
oleh masyarakat pada era mereka. Teori Ibnu Hazm telah memberi inspirasi
secara langsung dan tidak langsung kepada kepada ramai ahli astronomi
selepasnya seperti Al-Idrisi(1099-1165), Ibnu As-Shatir(1304-1375),
Nasiruddin al-Tusi(1201-1274) dan ramai lagi.
Boleh dikatakan bahawa
manuskrip-manuskrip ahli-ahli astronomi Islam pada abad pertengahan
menggambarkan bumi adalah sfera sedangkan di Barat, ramai cendikiawan
mereka masih ragu-ragu dengan fizikal bumi yang sebenar-benarnya.
Pembelajaran di Eropah pada abad pertengahan juga menerapkan konsep bumi
adalah mendatar.
Malahan ketika Christopher Columbus dan
Ferdinand Magellan memulakan perlayaran sudah ada kata-kata daripada
ahli astronomi mereka meramalkan mereka tidak akan kembali dan jatuh
terperosok ke lembah lautan. Itulah hebatnya ulama silam. Ulama zaman
dahulu tidak mengehadkan skop pengetahuannya kepada ruang lingkup agama
dan ad-din semata-mata tetapi turut mengkaji dengan lebih mendalam
berkenaan subjek berkaitan sains dan logik. Atas semua sains dan logik,
ia telah diterangkan secara terperinci mahupun tersirat di dalam
al-Quran.
Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa
al-Quran bukan kitab kosong sepertimana dakwaan para musuh-musuh Allah,
akan tetapi sebuah kitab yang mengandungi hikmah dan pengetahuan yang
luar biasa. Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al
Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar
pengetahuan Kami. menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman.(Surah Al-A’raaf 7:52)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar