Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .
Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku
pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya
bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke
bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk
gunung Everest dan gunung – gunung lain .
Satu fakta menarik tentang gunung ialah
Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung
ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta
lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan
berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap
beredar sejajar pada orbitnya .
Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88
” Engkau melihat gunung – gunung itu ,
engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti
jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan
kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang
kamu kerjakan . “
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al –
Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi .
Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran
itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !
Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains
turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum ,
kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan
yang ada pada hari ini .
Rakaman satelite turut membuktikan
Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran
beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu ,
Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut
Merah .
Didapati juga pantai timur dan selatan
Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah
yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan
tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan
kelajuan 6 sentimeter / tahun .
Bukankah penemuan – penemuan sains serta
geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu
hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah
mengungkapkannya ?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar